Berita Trending

Trending

Saturday, 24 May 2014

Produk Coklat Hazelnut Cadbury Dikesan Mengandungi DNA Khinzir?





Sekeping gambar yang memaparkan salinan surat milik Kementerian Kesihatan Malaysia yang ditandatangan oleh Pegawai Teknologi Makanan, Gred C44 dari Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan mendakwa terdapat DNA Khinzir dalam produk Cadbury.



Produk yang dimaksudkan itu ialah Coklat Susu Dengan Kacang Hazel - Cadbury Dairy Milik dikesan mengandungi DNA Khinzir (Procine).






Surat itu mula tersebar awal petang ini tadi di laman-laman sosial.




Surat yang bertarikh 27 Februari 2014 itu bagaimanapun tidak dapat disahkan benar berikutan dengan terdapat kesilapan dalam ejaan Cabbury yang mana sepatutnya dieja sebagai Cadbury.



Sehingga kini, tiada sebarang maklum balas dari pihak Cadbury Malaysia. 



Mohon rakyat Malaysia jangan panik. Dapatkan jawapan dari pihak Cadbury dulu ya.

UPDATE 11.07 MALAM

Penyebaran laporan ini mencetuskan panik dikalangan peminat coklat tersebut di media sosial. Ramai yang mengajukan pertanyaan di laman facebook page Cadbury dan ini jawapan awal mereka.








Apapun sebagai pengguna dan masyarakat Islam khususnya, anda memang berhak untuk merasa bimbang kerana ia melibatkan penggunaan bahan yang haram disisi agama. Semoga ada jawapan yang lebih terperinci dikemukakan oleh Cadbury kelak untuk menjernihkan perkara ini. Sumber - Tengoktvonline

No comments:

Post a Comment