Sebelum ini kami ada siarkan cerita berkenaan pelanggan sebuah restoran yang terkejut apabila mi segera goreng yang dipesan datang bersama ayam goreng berulat.
Nampaknya sekarang memang musim kedai makan hidang ayam goreng berulat kot, kejadian lebih kurang serupa turut didakwa menimpa pelanggan restoran di Kuala Perlis dan Johor Bahru baru-baru ini.
Berdasarkan kedua-dua rakaman video yang dibuat pelanggan terlibat, dapat dilihat ‘makhluk halus’ berwarna putih keluar dari sebalik isi ayam yang dipercayai diulang masak sebelum dihidang pada pelanggan.
Erm, nampak gaya selepas ini kita semua kena ‘double check’ ayam goreng sebelum dimakan. Takut-takut dah nak habis makan baru perasan ada inti ulat di dalamnya. Uwek!
Sumber: Facebook Nokharom / YouTube
No comments:
Post a Comment