Terdapat macam-macam perangai samseng jalan raya sekarang.
Dalam video yang dikongsikan di media sosial ini, seorang pakcik menaiki kapcai kelihatan membuli pemandu perempuan yang merakam perlakuannya.
Selain sengaja melengahkan perjalanan di depan kereta tersebut, pemandu motosikal itu kelihatan beberapa kali berhenti di tengah jalan sebelum kembali meneruskan pemanduan.
Akhirnya, dia memberhentikan motosikal lalu bertindak agresif mendekati kereta yang dinaiki dua gadis tersebut sebelum bertindak memecahkan cermin kereta.
Tidak pasti apa yang membuatkan pakcik kapcai ini marah sangat sampai bertindak demikian namun sekiranya perkara begini berlaku pada anda, sebaik-baiknya jangan dilayan perlakuan pembuli jalan raya ini sebaliknya pandulah kereta ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan. – MYNEWSHUB.MY
Sumber: Friends of BN – Barisan Nasional
No comments:
Post a Comment