Rilekslah |
Malaysian Social Media Trendsetter |
CEO Twitter berundur selepas pertumbuhan menyederhana
6/12/2015 4:11:52 AM
KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter, Dick Costolo. – Foto REUTERS
SAN FRANCISCO: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter, Dick Costolo akan melepaskan jawatannya berkuat kuasa 1 Julai ini berikutan tekanan daripada pemegang saham yang berang pertumbuhan perlahan syarikat pengendali blog mikro itu.
Tempat Costolo akan digantikan buat sementara oleh pengasas bersama syarikat, Jack Dorsey.
Dorsey sebelum ini menyandang jawatan CEO selama setahun setengah, sebelum berundur pada 2008. Costolo pula menyertai Twitter pada 2010.
"Masa depan Twitter sebahagian besarnya disandarkan kepada wawasan dan dedikasi Dick Costolo," kata Dorsey.
Dorsey berkata, beliau akan menerajui Twitter sementara lembaga pengarah kenal pasti individu lain untuk menggantikan Costolo.
Perubahan kepimpinan Twitter dikatakan berpunca daripada tekanan pelabur yang mahu menyaksikan pertumbuhan lebih pesat syarikat sekali gus menyaksikannya mencatat keuntungan.
Costolo membantu Twitter membuat tawaran awam permulaan (IPO) tetapi sejak itu pertumbuhan syarikat agak perlahan dan hingga kini belum mencatat keuntungan.
Saham Twitter naik lebih tiga peratus kepada AS$37.16 dalam urus niaga selepas dagangan berikutan berita mengenai pengunduran Costolo sebagai CEO. – AFP
Comments
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
No comments:
Post a Comment