MYNEWSHUB |
Berita Online Terhangat Malaysia |
PAS Singkir 6 Pesuruhjaya Negeri Pro-Pakatan Rakyat
6/13/2015 5:00:02 AM
KUALA LUMPUR – PAS Pusat mengambil langkah drastik dengan menukar sebanyak enam pesuruhjaya PAS negeri bagi sesi 2015-2017.
Pejabat Presiden PAS dalam satu kenyataan memberitahu, enam negeri bertukar Pesuruhjaya PAS itu diputuskan dalam mesyuarat PAS baru-baru ini.
Enam negeri berkenaan ialah Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang serta Pahang.
Berikut adalah senarai pelantikan Pesuruhjaya Negeri:
1. Kelantan – Datuk Ahmad Yaakob (kekal)
2. Terengganu – Satiful Bahari Mamat (kekal)
3. Perlis – Shukri Ramli (kekal)
4. Perak – Razman Zakaria (kekal)
5. Selangor – Datuk Iskandar Abdul Samad (kekal)
6. Sabah – Paumin@ Aminuddin Aling – (kekal)
7. Sarawak – Adam Ahid (kekal)
8. Wilayah Persekutuan – Haji Mohammad Nor Mohamad (kekal)
9. Melaka – Ustaz Kamarudin Sidek (baharu)
10. Kedah – Datuk Ir Amirudin Hamzah (baharu)
11. Johor – Datuk Dr Mahfodz Mohamad (baharu)
12. Pulau Pinang – Ustaz Mohd Fauzi Yusof (baharu)
13. Pahang – Ustaz Rosli Jabar (baharu)
14. Negeri Sembilan – Ustaz Mustafa Daharun (baharu)
Mynewshub.cc difahamkan pertukaran Pesuruhjaya PAS negeri terbabit sebagai usaha berterusan PAS untuk membasmi anasir-anasir pro-pakatan rakyat dalam parti itu terutama di selatan tanah air. – mynewshub.cc
Komen
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
No comments:
Post a Comment