Berita Trending

Trending

Sunday, 23 August 2015

10 Foto terakhir Nora Danish dan Nedim Nazri sebelum putus cinta

Desas-desus mengenai perhubungan pasangan ini yang dikatakan sudah pun sampai ke penghujungnya akhirnya diakui sendiri oleh Nora Danish. Menurut Nora, dia dan juga bekas kekasihnya, Nedim membuat keputusan tersebut atas persetujuan dan kebaikan bersama.

“Hmm… Kami mengambil keputusan mahu berpisah atas kebaikan bersama. Itu sahaja. Lagipun cinta tidak semestinya dimiliki. Itu sahaja yang boleh saya jelaskan kepada semua. Tak nak cerita panjang-panjang,” jelasnya kepada mStar Online.

Perubahan ketara mengenai perhubungan mereka jelas terpancar di akaun Instagram masing-masing apabila Nora dan juga Nedim memuatnaik gambar dan juga quotes yang biasa digunakan oleh mereka yang baru putus cinta dan patah hati.

Nora kini hanya memberi tumpuan sepenuhnya kepada lakonan dan juga kafe miliknya malah turut bercuti ke Bali, Indonesia bersama keluarganya, tanpa Nedim. Maka buat peminat, tidak dapatlah anda layan caption manis-manis pasangan ini lagi selepas ini.

Berita ini pastinya menimbulkan perasaan sedih amat sangat buat peminat Nora yang mahu melihat artis kesayangan mereka ini berkahwin dengan Nedim. Setiap episod yang tamat merupakan permulaan episod baru. Semoga satu hari nanti, Nora akan jumpa juga cinta hati sejati.











No comments:

Post a Comment