Secara asasnya, iman boleh terbatal melalui 3 perkara iaitu perkataan, perbuatan dan niat. Melalui 3 asas tadi, saya kongsikan 15 perkara yang boleh membatalkan syahada Islam
- Bertawakal dan bergantung kepada selain daripada Allah SWT
- Insan tidak mengakui segala nikmat ialah kurniaan Allah
- Beramal kerana sesuatu selain daripada Allah
- Hak menghalal, haram, perintah, tegahan diberi kepada selain daripada Allah
- Mentaati dengan ketaatan yang tidak berbelah bagi selain kepada Allah dan Rasul
- Berhukum dengan selain daripada hukum Allah
- Benci sebahagian ajaran Islam atau keseluruhan Islam
- Mencintai dunia melebihi akhirat
- Menghina apa-apa sahaja daripada Kitab atau Sunnah
- Menghalal apa yg Allah haram dan mengharam apa yang Allah halal
- Tidak percaya dgn Kitab dan Sunnah yg sabit walaupun sebahagiannya sahaja
- Tidak beradab dengan Rasulullah SAW
- Mendakwa al-Quran ini ada tafsiran batin, bukan zahir berdasarkan dhauq, ilham, kashaf
- Mengkafirkan Muslim, menghalalkan darah mereka
- Tidak percaya dgn Kitab dan Sunnah yg sabit walaupun sebahagiannya sahaja
No comments:
Post a Comment