Berita Trending

Trending

Monday, 24 August 2015

AKHIRNYA punca sebenar Nora Danish & Nedim Nazri putus cinta secara mengejut kini didedahkan


Melihat Instagram masing-masing kebelakangan ini yang lebih banyak meluangkan masa dengan anak sendiri, tercetus andaian bahawa pelakon popular, Nora Danish tidak lagi menjalinkan percintaan dengan Nedim Nazri.

Tambah pula, baik Nedim atau Nora dilihat semakin jarang memuat naik gambar mereka bersama, tidak seperti sebelum ini, sekali gus ia mengundang tanda tanya mengenai status hubungan mereka berdua.

Harapan untuk melihat mereka membina mahligai rumah tangga baharu selepas kegagalan perkahwinan pertama nampaknya sudah menemui jalan buntu.


Pelakon yang mula terkenal menerusi sitkom Puteri itu mengiyakan bahawa sudah putus kasih sayang dan cinta antara mereka. 

"Kami berpisah secara baik dan atas persetujuan bersama. Cinta tak semestinya memiliki. Saya reda dengan ketentuan ini. 

"Saya percaya apa yang terjadi punyai hikmah tersendiri. Punca perpisahan tak perlulah saya kongsi. Saya tak mahu lagi mengenang kisah lalu kerana nak fokus kepada kerjaya. 

"Saya ada perniagaan kafe Kopi.Xoxo di Rumoda, Bangsar dan selain itu dua filem terbaharu, Polis Evo dan Chowrasta juga akan menemui peminat di pawagam tak lama lagi. Saya juga dalam rangka merancang perniagaan baharu tak lama lagi. Insya-Allah dalam masa terdekat saya juga akan ke set penggambaran drama episod Rumi dan Jawi arahan Erma Fatima," katanya.


Nora pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram. Nedim juga seorang duda anak satu selepas dikatakan bercerai pada tahun 2013, adalah anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz.


No comments:

Post a Comment