Rozita Che Wan merupakan salah seorang selebriti yang paling menjadi perhatian orang ramai dan popularitinya mengatasi artis-artis senior yang lain.
Apa sahaja perkembangan yang berkaitan diri dan keluarga Che Ta pasti akan menjadi viral di laman sosial. Malah tidak kurang juga yang suka mencaci dan meluahkan rasa meluatnya mereka.
Nah.. antara isu yang pernah hangat diperkatakan mengenai aktres jelita ini ialah penampilannya yang sering memakai gaun dan busana ketata mengikut bentuk badan.
Kenapa agaknya Che Ta gemar berpakaian sedemikian?
Sememangnya penampilan Rozita Che Wan di mana-mana majlis sinonim dengan pakaian dan gaun yang ketat serta mengikut bentuk tubuh badannya.
Jarang sekali atau tidak pernah langsung kita lihat beliau mengenakan pakaian yang berbentuk jubah dan tidak ketat sejak bergelar artis.
Dengan usia pelakon dan pengacara itu yang sudah mencecah usia awal 40-an, penjagaan bentuk badannya sentiasa menjadi keutamaan. Ini ditambah pula dengan Cik Ta yang baru sahaja berkahwin dengan Zain Saidin, penampilannya dianggap sangat penting.
Bagaimanapun, mungkin kerana terlalu kerap mengenakan pakaian dan gaun yang ketat, Rozita tidak lari dari menerima kecaman dan kritikan peminat yang memintanya berubah dan belajar tampil kurang seksi.
Rozita Che Wan yang ditemui wartawan mStar online mempunyai jawapan dan penjelasan sendiri berhubung kecenderungannya memakai gaun ketat. Katanya, mengenakan pakaian ketat mengikut bentuk badan bukan sahaja dapat membantu dirinya mengesan tanda-tanda awal kegemukan malah dapat mendisiplinkan diri dalam aspek pengambilan kuantiti makanan.
"Sebenarnya dari dahulu lagi saya suka memakai baju-baju yang mengikut tubuh badan. Memakai baju-baju ketat dapat memudahkan kita kesan kegemukan kita."
"Dan bila kita pakai baju ketat, ia sekali gus membuatkan kita berdisiplin dalam pemakanan dan hanya memakan makanan dalam jumlah sedikit agar perut tidak nampak menggelebeh."
No comments:
Post a Comment