Ditangkap khalwat buat kali kedua, Putri Mardiana nampaknya memandang ringan kes khalwat yang melanda dirinya apabila tidak hadir ke mahkamah tanpa alasan yang munasabah. Akibatnya, hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam telah pun mengeluarkan waran tangkap terhadap Putri Mardiana dan juga penjaminnya,Waran tangkap ini dikeluarkan untuk perbicaraan atas tuduhan berkhalwat pada 14 Disember tahun lalu.
Untuk makluman, Putri Mardiana sebelum ini mendakwa yang kes khalwatnya ini tidak akan dibawa ke mahkamah. Malah Putri Mardiana memaklumkan yang dirinya dan Ejump tidak bersalah, sebaliknyatangkapan itu dirancang oleh isteri Ejump. Hmmm. Nampaknya apa yang dikatakan oleh Putri Mardiana adalah tidak benar dan palsu semata-mata. Waran tangkap sudah dikeluarkan. Jadi diharap Putri Mardiana tidak melarikan diri.
Sama-sama kita nantikan perkembangan kes ini. Kalau betul berada di pihak yang benar, mengapa perlu tidak menghadirkan diri ke mahkamah? Berani kerana benar, takut kerana salah. Tak gitu? Sumber Mstar Online.
No comments:
Post a Comment