Berita Trending

Trending

Saturday 19 September 2015

BAHAYA !!! 3 Ahli Sembahyang Masuk Neraka Disebabkan Perkara Ini...



Keterangan

1. Lalai - Orang yang solat dalam keadaan lalai ,hatinya masih mengingati hal-hal dunia ketika solat. Memang sukar bagi kita untuk mendapat kekusyukan dalam solat, tetapi golongan yang lalai ini tidak cuba berusaha untuk mendapat kusyuk dalam solat. Mereka hanya solat sambil lewa dan tidak mengambil berat dalam hal-hal solat. IMAM AL-GHAZALI menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk sembahyangnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar.

2. Riak - Orang yang solat bukan kerana Allah tetapi kerana menunjuk-nunjuk kepada manusia, apabila orang melihatnya dia merasa senang tetapi bila dia keseorangan dia merasa malas.

3. Bakhil - Orang yang solat tetapi dalam masa yang sama dia tidak mengeluarkan zakat. Cinta pada hartanya sehinggakan kedekut untuk bersedekah kepada yang memerlukan.

No comments:

Post a Comment