Berita Trending

Trending

Tuesday 22 September 2015

Hukum Mandi Tanpa Seurat Benang

Saya pernah diajukan soalan oleh seorang sahabat boleh ke mandi bertelanjang ini. Secepat kilat saya menjawab dengan yakin, "boleh je, tak salah pun." Tapi dari kecil saya dididik untuk menggunakan kain basahan/kain batik ketika mandi. Tidak elok mandi bogel. Jadi untuk menjawab soalan sahabat saya itu dan diri saya sendiri akan apakah dibolehkan mandi berbogel, saya mencari sedikit maklumat. Ini yang dapat saya kongsikan...



Apakah hukum mandi bogel?
Bogel atau telanjang yang dimaksudkan adalah mandi dengan tanpa seurat benang pada badan. Hukum mandi bogel adalah harus. Sebaik-baiknya mandilah dengan memakai kain basahan atau seluar dalam bagi menutup kemaluan. Tidak menjadi satu kesalahan untuk mandi secara bogel. Dalam Islam, hukumnya adalah HARUS.
Imam al-Nawawi menjelaskan di dalam hadith ini yang menjelaskan kebenaran mandi berkeadaan bogel jika dia berseorangan.  

 "Kita telah melihat didalam bab yang lalu bahawa sesungguhnya dibenarkan membuka aurat apabila ada keperluan (hajat), apabila seseorang berseorangan, apabila mandi, membuat air, apabila bersama dengan isteri dan sebagainya. Didalam semua keadaan ini, dibenarkan seseorang membuka auratapabila dia berseorangan, akan tetapi dihadapan orang lain adalah HARAM menyingkap aurat didalam semua keadaan." [Sharh Muslim, 4/32]. 
Akan tetapi tidak ada nas atau dalil dari hadith Nabi saw yang sahih mengenai kewajipan menutup diri semasa mandi. Walaubagaimanapun terdapat beberapa ulama' salaf yang menutup diri mereka, akan tetapi bukanlah diwajibkan. Adalah memadai semasa mandi itu tidak dapat dilihat oleh orang lain. 

Namun begitu, terdapat beberapa riwayat menjelaskan Nabi saw pernah mandi bersama isterinya didalam keadaan tidak berpakaian, sebagaimana didalam hadith Muslim dan Bukhari. 

Sekiranya ingin mandi dengan berpakaian juga tidak menjadi kesalahan kerana Rasulullah saw pernah mandi dengan berselindung dengan kain.  Mandi berpakaian adalah digalakkan berdasarkan hadith yang bermaksud: "Allah swt adalah lebih patut disegani daripada manusia."
 
Sahabat sekalian perlu diingat di dalam tandas dan bilik kita semua adanya jin yang turut tinggal di dalamnya. Jadi kalau tidak mahu jin itu jatuh cinta dengan menikmati tubuh  kita maka tutuplah aurat ketika mandi. Bahaya kalau jin dah jatuh cinta dengan manusia. Alam kita dan dia adalah berbeza. Jin ini kita tidak dapat melihatnya. Cuba bayangkan situsainya jika jin sentiasa mengekori kita ke mana sahaja. Kecut perut bukan...

Walaubagaimanapun...apa yang ingin ditegaskan di sini adalah berasa malulah kita kepada Allah daripada makhluk lain.
Wallahualam...

No comments:

Post a Comment