5 perkara atau perbuatan ini akan dibalas segera oleh Allah dimuka bumi ini. Kita boleh lihat sendiri akan pembalasan yang diturunkan oleh Allah swt. Semoga kita semua dapat mengubah dan memperbaiki diri kita semua.. In shaa Allah..
Daripada Ibnu Omar r.a. berkata :
Berhadap Rasulullah s.a.w kepada kami ( pada suatu hari ) kemudian beliau bersabda ;” Wahai kaum Muhajirin , lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya ( kalau kamu telah mengerjakannya ) , maka tiada kebaikan lagi bagi kamu . Dan aku berlindung dengan Allah S.W.T . Semoga kamu tidak menemui masa itu .
1. Tiada terzahir ( nampak ) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha’un yang cepat merebak di kalangan mereka dan mereka akan ditimpa penyakit – penyakit yang belum pernah menimpa umat – umat yang telah lalu .
2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka .
3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit . Jikalau tidak ada binatang ( yang juga hidup diatas permukaan bumi ini ) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah s.w.t .
4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka , maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka .
5. Dan apabila pemimpin – pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al – Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan , maka ( di saat ini ) Allah akan menjadikan peperangan dikalangan mereka sendiri . “
( Hadith Riwayat Ibnu Majah )Maka , adalah lebih baik hukum Hudud itu dilaksanakan kerana ia adalah sebaik – baik hukum yang Allah dah tetapkan demi kebaikan kita juga .
No comments:
Post a Comment