Romania mempunyai sebuah tarikan tersendiri yang disebut Trovants. Benda itu merupakan sebuah keajaiban geologi sebuah batu yang akan membesar ketika hujan dan boleh berpindah sendiri.
Batu yang namanya bermakna "pasir disimen" itu terdapat di desa Costesti. Trovants berbentuk bola pasir yang muncul di permukaan tanah setelah adanya aktiviti seismik yang kuat. Gempa bumi yang memunculkan batu itu pada 6 juta tahun yang lalu.
Trovants kemudian tumbuh ketika terkena dengan air. Akhirnya, dari ukuran semula 6-8 mm kini telah mencapai 6-10 meter atau lebih.
Proses pertumbuhan itu dibuktikan dengan adanya lingkar usia pada batu, sama seperti pokok. Trovants mempunyai teras baru dengan kulit luar yang terdiri daripada pasir. Selepas hujan lebat maka batuan kecil akan jadi besar dan kesemua batu tersebut bentuknya seakan mirip.
Ada banyak teori, dari ilmiah hinggakan mistik, mengenai keanehan Trovans. Saintis yakin di sebalik cengkerang batu tersebut mengandungi mineral tinggi yang jika basah akan merebak dan menjadi lebih besar. Namun itu hanya teori yang belum dibuktikan dengan kajian.
Trovants kini menjadi tarikan pelancong yang berkunjung ke Romania. Muzeul Trovantilator (Muzium Nasional Perlindungan Trovants) ditubuhkan pada 2004 dan sekarang dilindungi UNESCO. sumber - Dairishare
No comments:
Post a Comment