Berita Trending

Trending

Friday, 23 October 2015

Mangsa Pukul Wanita Rambut Karat Buka Mulut, Dedah Cerita Sebenar


Ini pendedahan eksklusif oleh mangsa pukul yang menjadi viral baru-baru ini.

Ini komennya:

“Saya tak salah dalam hal itu, sebaliknya menjadi mangsa keadaan. Namun mereka menyerang saya seperti samseng.

“Disebabkan kejadian itu saya takut untuk keluar rumah dan trauma hingga kini,”

“Kes dalam perhatian pihak berkuasa dan saya tidak mahu mengulas lanjut. Saya menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat dan bersyukur mereka ditahan.

“Saya berharap mendapat pembelaan sewajarnya kerana yakin tidak bersalah dalam hal ini. Semua yang terjadi akibat rasa tidak puas hati dan salah faham,” 

“Kerana masih tidak puas hati, dia mencari saya lagi ketika saya ke Wakaf Mek Zainab untuk kerumah rakan. Ketika itu saya menunggu di dalam kereta dan secara tiba-tiba diheret keluar.

“Mereka pukul saya dengan teruk dan merakam kejadian yang berlaku jam 7 pagi. Saya tak tahu apa yang dia dendam sangat kerana tidak mempunyai hubungan dengan teman lelakinya seperti 
didakwa.


MANGSA menceritakan detik cemas ketika dipukul di rumah rakannya, semalam. 
“Saya juga tidak tahu-menahu mengenai barang kemas yang didakwanya dalam milikan saya. Dia sebenarnya mencari seorang rakan saya di Kuala Terengganu kerana masalah antara mereka,” 

Itulah antara kata-kata dari mangsa pukul beberapa wanita termasuk seorang gangster warna rambut karat yang menjadi viral baru-baru ini.

Mangsa dikenali sebagai Nila, 22, telah dibelasah amat teruk dan dimalukan oleh gang rambut karat itu hanya kerana salah faham serta didakwa menjalin hubungan sulit dengan teman lelaki pelaku serta suami orang.

Kejadian berlaku di Wakaf Mek Zainab, di sini, 15 Oktober lalu dan menyebabkan tiga wanita berusia 20-an ditahan polis sehingga semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Nila berkata dia tiada upaya melawan kembali perbuatan wanita terbabit kerana hanya seorang diri dipukul secara beramai-ramai.

Nila yang juga ibu anak satu itu bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan teruk, sebaliknya hanya menerima rawatan pesakit luar di hospital.

Menceritakan kejadian itu, Nila berkata, sebelum insiden, dia dipukul wanita sama pada 13 Oktober kerana rasa tidak puas hati, namun tiada pihak merakam kejadian itu

No comments:

Post a Comment