Berita Trending

Trending

Tuesday 20 October 2015

Nora Danish Masih Cintakan Nedim Dan Bakal Nikah?

nora danish masih cintakan nedim dan bakal nikah


Nora Danish akui dirinya sudah berpisah kira-kira 2 bulan yang lalu namun hati Nora masih menyimpan cinta terhadap bekas kekasihnya iaitu Nedim.

Ketika berlakunya perpisahan, situasi tersebut agak tegang dan keputusan yang dibuat (untuk berpisah) terpaksa dilakukan untuk meredakan keadaan.

Kini, permasalahan yang berlaku di antara mereka itu telah diselesaikan hampir lebih 80 peratus dan ia menyebabkan hati Nora Danish masih belum pasti sama ada mahu menerima Nedim semula atau pun tidak.

"Cinta saya hanya pada Nedim seorang. Amat sukar bagi diri saya untuk menerima kasih sayang daripada orang lain berbanding dirinya.

"Pada mulanya saya tidak berani untuk meluahkan serta memberitahu kepada semua orang tentang hal ini. Jadi di kesempatan ini, saya sudah bersedia untuk berterus terang terutama kepada peminat bahawa saya dan Nedim hanya berkawan rapat," kata Nora kepada Portal Murai.

Nora Danish yang ditemui media di Majlis Pelancaran Teater Muzikal Mak Cun di Istana Budaya turut menjelaskan sekiranya hubungan mereka berakhir dengan pernikahan itu adalah qadak dan qadar.

"Ketika masalah berlaku di antara kami berdua, keadaannya agak rumit sekali serta sukar bagi kami untuk jelaskan.

"Sekarang ia sudah pun selesai, kalau ada jodoh yang boleh menyatukan kami untuk membawa gelaran sebagai suami dan isteri, saya tidak akan menolaknya kerana jodoh itu adalah ketentuan daripada Allah SWT," katanya mengakhiri bicara.

No comments:

Post a Comment