Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, pengakuan seorang gadis di dalam media sosial dilihat berupaya untuk menjatuhkan reputasi dan pengaruh penceramah terkenal itu.
“Pengakuan seorang gadis sunti yang bernama Maryam Mazlieynna Mazlee didalam ‘blog’ mengatakan, beliau diraba dan di ajak berzina oleh seorang ustaz dan penceramah terkenal.
“Saya menggesa dan menyarankan beliau atau menghantar wakil untuk membuat laporan polis dan dihebahkan untuk menafikan perkara ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibupejabat Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.
Jelas Abdul Rani, tindakan gadis berkenaan disifatkan tidak seharusnya berlaku apatah lagi ia membabitkan seorang penceramah dan ulama yang mempunyai pengaruh besar dalam negara.
Video Ehsan: KiniTV
“Tidak seharusnya beliau (Maryam) menulis didalam blog atau Facebook untuk memburuk-burukkan penceramah ini iaitu seorang ulama yang hebat, dituduh atau mungkin difitnah.
“Tidak mungkin seorang ustaz yang warak dan ramai pengikut malah saya juga salah seorang daripada peminat beliau, dituduh sebegini rupa,” katanya.
Sehubungan itu, Abdul Rani berharap supaya pihak berwajib dapat menjalankan siasatan terperinci seterusnya dapat membersihkan nama penceramah ini daripada dipalit dengan tuduhan kotor.
“Jika tidak dipadam (kenyataan Maryam), ia akan dibaca oleh generasi akan datang dan akan terkejut dengan penyebaran ini sekaligus merosakkan nama baik penceramah tersebut.
“Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) dan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) perlu menyiasat perkara ini,” tegas beliau.
Sebelum ini Maryam dilihat mengecam penceramah tersebut di dalam posting di dalam akaun Facebook bernama Maryam Mazlieynna Mazlee dengan mendakwa apa yang berlaku itu benar-benar berlaku.
“Ini bukan fitnah benar-benar berlaku!
Percayakah kalau aku kata **** pernah nak ‘tickle’ aku. Siap ‘booking’ bilik hotel, dia ingat dia siapa? Pergi jahanam dengan ****,” katanya.
* Bagi kami ia suatu fitnah yang berat, mana mungkin seorang penceramah terkenal boleh sesuka hati melakukan perkara yang bakal memalukan dirinya dan sedangkan beliau tahu akan kesannya, diharap pihak SKMM menjalankan siasatan kemungkinan akaun facebook yang digunakan adalah palsu dan gambar profil dengan nama Maryam mungkin diambil dari gambar individu tertentu untuk dijadikan kambing hitam. -Sekadar pendapat penulis.
No comments:
Post a Comment