Berita Trending

Trending

Saturday, 24 May 2014

Kisah Wanita Yang Dibenci Kerana Hodoh Tapi Teman lelakinya Sangat Tampan














Nama wanita ini adalah Luo Yufeng atau lebih dikenali sebagai Sister Feng, pada tahun 2009 hingga 2011, boleh dikatakan bahawa wanita ini adalah salah satu wanita yang dibenci dan jadi bahan ketawa di China. Sister Feng adalah seorang juruwang di sebuah pasar raya di Shanghai, China. Dia berasal dari keluarga miskin dan berpendidikan biasa saja, namun rasa percaya diri serta semangatnya luar biasa.

Sister Feng menjadi terkenal selepas dia mengedarkan risalah mencari jodoh. Tidak tanggung-tanggung, dia mensyaratkan lelaki lulusan universiti terkenal, kacak, tinggi dan syarat lain. Dia menjadi berita nasional setelah seorang reporter memberitakannya. Berita sensasi ini lantas membuat banyak orang mencebik dan mentertawakan Sister Feng yang dianggap berwajah biasa saja.

Selepas diberitakan, Sister Feng justru mendapat seorang teman lelaki yang sangat kacak, seorang mahasiswa dari Universiti terkenal. Setelah mereka memperkenalkan diri, tak lama kemudian Sister Feng memutuskan hubungan dengan lelaki tersebut. Jangan salah, bahkan ada seorang lelaki kaya yang mengajak Sister Feng jadi kekasihnya semasa sambutan hari Valentine, namun lelaki itu gagal.
































Dengan nasib baik yang belaku pada Sister Feng dan banyaknya lelaki kacak kaya yang mendekatinya, wanita ini semakin jadi bahan ejekan. Sehingga beredar kabar angin kononnya Sister Feng akan melakukan pembedahan plastik, hingga ada orang-orang mengedit fotonya. Namun hingga kini, tidak ada perubahan di wajah Sister Feng, entah berita itu benar atau sekadar sensasi belaka.

Akhirnya memilih tinggal di Amerika Syarikat

Tahu bahawa dirinya dibenci di China, Sister Feng mengadu nasib di Amerika Syarikat. Dia belajar bahasa Inggeris tanpa menyerah. Menurut berita terkini, Sister Feng bekerja di salah satu salon kuku di bandar Brooklyn. Di sana, Sister Feng kembali menebar risalah mencari jodoh, namun kali ini dia tidak mahu berpasangan dengan lelaki Asia.

" Saya dibenci di China , namun saya tidak mahu orang - orang di sini membenci saya juga , " ujar Sister Feng . " Amerika adalah tempat di mana orang boleh berjaya . Saya ingin membuat sebuah kerjaya kecil di sini , dan membangunkan lebih besar , " katanya dengan optimis .

Walau sudah meninggalkan China dan mempunyai kehidupan yang lebih baik di Amerika Syarikat , Sister Feng tetap mempunyai peminat .

" Sebagai wanita , saya ingin berjaya dan berkahwin . Berkahwin dan mempunyai anak adalah kebahagiaan terbesar , " ujar Sister Feng .

Itulah sekilas kehidupan seorang ang bernama Sister Feng . Dari seorang juruwang di Shanghai , menjadi terkenal namun dibenci , kemudian berjaya melalui kehidupan yang baru di Amerika Syarikat . Sebuah perjuangan yang memelukan keberanian , semangat dan kepercayaan diri yang  tinggi . Fizikal hanya sebuah penilaian kecantikan dari luar , namun di sebalik itu semua, cantik adalah seberapa besar rasa cinta anda pada diri sendiri . 

















No comments:

Post a Comment