Berita Trending

Trending

Sunday, 1 June 2014

Tradisional:Petua dan Tips Tentukan Jantina Bayi Dalam Kandungan





















Semua bakal-bakal ibu mengandung serta bakal-bakal ayah pasti tidak sabar untuk mengetahui jantina anak dalam kandungan. Pasti ada antara bakal ayah dan ibu ingin menentukan jantina bayi melalui kaedah yang paling hampir tepat atau sekurang-kurangnya mendapatkan bayangan jantiana bayi masing-masing.



Antara kaedah popular yang digunakan untuk menentukan jantina bayi dalam kandungan adalah melalui UltraSound Scan pada bulan ke 5 kehamilan atau 4D scan di bulan ke enam kehamilan. Kedua-dua kaedah ini mampu memberi petunjuk jantina bayi. Namun begitu teknik ini kadang-kala menemui jalan buntu apabila bayi menyorokkan jantina mereka. Aduh.

Namun begitu para bakal ibu dan bapa jangan risau mengenai masalah ini. Hal ini kerana terdapat cara-cara tradisional yang boleh digunakan untuk menentukan jantina bayi. Kadar ketepatan teknik ini mencapai lebih 60%.

Bagi menentukan jantina bayi dalam rahim, kita boleh menggunakan Sodium Bikarbonat (Tepung Penaik - Tepung Kek) dan air kencing ibu mengandung paling pekat (air kencing waktu pagi).
Cara-caranya campurkan air kencing ibu ke dalam Sodium Bikarbonat. Sekiranya anda dapat keputusan ini  iaitu;
a) bayi perempuan --> Takde kesan berbuih
b) bayi lelaki          --> Ada kesan berbuih

sumber

No comments:

Post a Comment