Rilekslah |
Malaysian Social Media Trendsetter |
Boeing unjur jualan 38,050 pesawat dalam 20 tahun
6/12/2015 5:14:08 AM
Randy Tinseth.
KUALA LUMPUR: Boeing mengunjurkan permintaan sebanyak 38,050 pesawat baharu bernilai AS$5.6 trilion (RM20.9 trilion) dalam tempoh 20 tahun akan datang, dengan pasaran Asia, termasuk China, mendahului tempahan pesawat.
"Pasaran pesawat komersial terus kukuh dan berdaya tahan," kata Randy Tinseth, Naib Presiden Pemasaran, Boeing Commercial Airplanes.
Unjuran itu adalah peningkatan sebanyak 3.5 peratus berbanding unjuran tahun lalu.
"Untuk masa hadapan, kami menjangkakan pasaran akan terus berkembang dan permintaan untuk pesawat baharu akan lebih mantap," katanya dalam satu taklimat media hari ini.
Beliau berkata Asia akan menerima 14,330 pesawat dalam tempoh dua dekad seterusnya, termasuk China, diikuti Amerika Utara dengan 7,890 pesawat, Eropah (7,310), Asia Barat (3,180), Amerika Latin (3,020), Afrika (1,170) dan Komanwel Negara-negara Merdeka (1,150).
Pada akhir tempoh unjuran itu, Tinseth berkata kumpulan pesawat komersial akan meningkat dua kali ganda, daripada 21,600 pesawat pada 2014 kepada 43,560 pada 2034.
"Lima puluh lapan peratus daripada 38,050 pesawat yang diserahkan dalam tempoh itu untuk menampung pertumbuhan, dengan 42 peratus untuk penggantian pesawat," katanya.
Trafik penumpang akan terus berkembang kira-kira 4.9 peratus kadar tahunan, hampir kepada trend lima peratus manakala lebih daripada tujuh bilion penumpang akan terbang pada akhir tempoh unjuran itu.
Trafik kargo akan berkembang pada kira-kira 4.7 peratus setahun.
Beliau berkata pasaran pesawat satu lorong paling cepat berkembang, segmen terbesar keseluruhan, memerlukan 26,730 pesawat dalam tempoh dua dekad akan datang. – BERNAMA
Comments
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
No comments:
Post a Comment