Berita Trending

Trending

Friday, 12 June 2015

Sistem amaran palsu sebabkan pesawat MAS mendarat cemas

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Sistem amaran palsu sebabkan pesawat MAS mendarat cemas
6/12/2015 6:48:16 AM

Sistem amaran palsu sebabkan pesawat MAS mendarat cemas

PESAWAT Penerbangan Malaysia (MAS) MH148 di lapangan terbang Melbourne. – Foto EPA

MELBOURNE: Sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang Melbourne setelah menerima amaran palsu daripada sistemnya mengenai kebakaran di bahagian enjin.

Seorang jurucakap Biro Keselamatan Pengangkutan Australia memberitahu ABC News bahawa pemeriksaan yang dilakukan terhadap pesawat jenis Airbus 330 itu tidak menemui bukti ia mengalami sebarang kebakaran.

Katanya, ketika dalam penerbangan, sistem pesawat itu menunjukkan berlaku kebakaran di bahagian enjinnya.

Penerbangan MH148 dari Melbourne ke Kuala Lumpur itu membawa kira-kira 300 penumpang dan anak kapal.

Seorang jurucakap bomba berkata, pesawat itu membuang bahan bakarnya sebelum melakukan pendaratan kecemasan pada kira-kira jam 3 petang. – BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

No comments:

Post a Comment